Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 31 Ogos 2014

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 57 MALAYSIA

Assalamualaikum.......


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57. Tanggal 31 Ogos 1957, "Merdeka......Merdeka tetaplah Merdeka......ia pasti menjadi sejarah".......senikata lagu nie memang dah sebati kepada saya sebagai rakyat Malaysia. Memang ia benar2 menjadi sejarah kepada semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini kita rakyat Malaysia telah mengecapi kemerdekaan yang mutlak. Kejayaan demi kejayaan telah kita gapai sepanjang kemerdekaan negara kita. Kemajuan dan keamanan negara berjalan seiring agar kita tetap merasai kemerdekaan yang sebenarnya. Kita, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama perlu bersatu dan menjauhi segala anasir2 yang memungkinkan, bertujuan untuk memusnahkan keamanan dan kedaulatan negara. Semua rakyat Malaysia perlu bersatu hati demi mengekalkan kesejahteraan negara kita agar terus berkekalan aman damai untuk semua, selamanya.........


Tema Kemerdekaan tahun ini 2014, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta........memang bertepatan dengan memberi kesan mendalam bagi melahirkan perasaan cinta dan kasih terhadap negara kita. Dapat juga memberi semangat tanggungjawab kepada negara demi mempertahankan negara, tanpa mengira siapa pun diri kita sebenarnya. Memang lagu ini begitu mendalam maksudnya. Ia amat2 terkesan di hati saya, cara penyampaian dari penyanyi kebanggaan kita Allahyarham Sudirman pun memang yang terbaik.       

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadai warisan

(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

(ulang korus)
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Lagu Warisan (Sudirman)
Sumber : liriklagumuzika


Selamat Hari Lahir bagi Lynda, yang menyambut kelahiran pada hari ini bersama2 dengan tarikh rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan. Semoga dipanjangkan usia Nda.......





Rabu, 27 Ogos 2014

SANTUN LEBARAN 2014 ILP LEDANG

Assalamualaikum


SANTU LEBARAN 2014 ILP LEDANG.........glamorrrr gitu.....Majlis berlangsung pada 28 syawal yang lalu. Walaupun agak lewat tapi kemeriahannya masih juga dapat dirasai. Memang meriah majlis masa tu, siap ada live band lagi dari staff2 ILP sendiri dan juga pertandingan kreativiti gerai lebaran dari pelajar2 ILP mengikut bidang masing2. Berbagai2 menu yang disediakan oleh para pelajar tapi saya tak dapat nak ronda2 malas. Ramai sangat orang2 kat luar tu, jadi rimas pulak nak datang melawat. Melihat keceriaan wajah setiap staff2, tetamu2 jemputan, pelajar2 dan juga anak2 yatim yang diraikan, memang sudah cukup menyenangkan, tu yang saya makan sikit jer sebab terlalu ceria..........boleh gitu...


sebahagian staff ILP Ledang


Untuk sambutan raya tahun ini memang happening sikit. Ada persembahan caklempong, tarian zapin, live band dan juga karaoke. Penyerahan duit raya kepada anak2 yatim dan pelajar2 juga diberikan bagi menceriakan para pelajar semua. Dapat duit semua kelam kelibut tak sabar nak ambik, nak beratur macam2 perangai yang ada. Dengan celoteh emsei yang peramah, memang kecoh sekejap dewan dibuatnye. Apa2 pun yang berlaku, yang pasti budak2 memang happy..............Semoga tahun depan akan lebih ceria lagi........Jom tengok kemeriahannya, sori ler gambar sikit jer yang ada untuk kenang2an....Biarlah gambar yang berbicara.......


persembahan caklempong


emsei dari cikgu2 KV Afiq & Diyana


staff dari kursus IT





staff yang bertugas, bersedia sebelum majlis bermula


cantik kan pentas, simple tapi menarik

Gambar yang bawah nie pulak dari website ILP Ledang sendiri, sambutan Hari Raya yang dibuat pada malam hari untuk para pelajar dan kakitangan ILP........








Pengarah dan orang2 kanannya







Fuu, antara orang yang terpenting bagi melancarkan Majlis Hari Raya pelajar.......terbaik Fuu



















Isnin, 11 Ogos 2014

FLORENTINE COOKIES

Assalamualaikum


Selamat malam.......dah lama saya tak mengemaskini blog ni. Nak meronda2 di blog kawan2 pun tak sempat lagi nie. Terlalu sibuk dengan kerja di pejabat, dengan lawatan pegawai Naziran untuk pengesahan penilaian pelajar, dengan open house lagi, dengan badan yang tak berapa sihat nie demam beberapa hari. Memang dugaan betul sekarang nie......

Malam nie tiba2 terasa rindu pulak nak tengok blog. Disamping tu boleh juga saya nak share resepi Florentine Cookies. Saya pun dah tak ingat berapa kali dah saya buat biskut nie semenjak raya hari tu. Memang sedap tapi saya cepat muak tapi suami saya suka pulak sampai saya nak bawa sikit untuk kawan2 di pejabat pun dia tak bagi sebab dia tak puas makan lagi katanya.....Nak buat pun senangkan, sambil pejam mata pun boleh buat. 

Dah lama anak buah minta tolong buatkan tapi tak berkesempatan. Masa nak raya hari tu baru berkesempatan buatkan. Beli bahan2 dah lama sebelum puasa lagi. Kawan2 yang nak buat untuk kudapan keluarga dalam keadaan terdesak memang boleh sangat buat biskut nie janji bahan2nya ada. Resepi biskut nie saya rujuk di blog ita masam manis. Shuhairi pun ada gak buat biskut nie, kawan2 boleh gak tengok blog kakak2 tu......selamat mencuba


FLORENTINE COOKIES

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci dibakar sebentar di dalam oven pada suhu 160C selama 5 - 10 minit. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.

Sediakan loyang 14 x 14 inci, alas loyang dengan kertas kek. 
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan dalam loyang dan ratakan nipis. 
Bakar selama 10 minit. Selepas keluar dari oven terus potong dengan segera. 
Simpan dalam bekas kedap udara.