Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 19 November 2014

SARAPAN NASI LEMAK, SIHAT KE?

Assalamualaikum

Dah agak lama juga saya tak berkongsi cerita pasal kesihatan di sini. Saya pun dah semakin lama meninggalkan amalan2 sihat nie. Kalau sebelum nie memang saya amalkan diet2 yang disyorkan oleh doktor ataupun tip2 dari Kelvin sendiri. Tapi sekarang nie saya semakin jauh pulak, tu yang badan rasa macam dah tak muat jer nak pakai baju tapi bila timbang naik hanya 1 kg saje........Musykil betul dah sekarang nie!!!!!!!!


(dari google)

Saya rasa terpanggil hari nie untuk berkongsi mengenai tabiat pemakanan iaitu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Apalagi kalau bukan nasi lemak dan teh tarik. Semalam, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dengar radio sinar, mereka membincangkan tentang makan nasi lemak dan teh tarik. Majoriti pemanggil sinar akan menyebut nasi lemak sebagai makanan pilihan. Banyak juga yang memberi pandangan dan nasihat mengenainya. Saya juga antara seorang penggemar nasi lemak lebih2 lagi nasi lemak berlauk. Memang tak dapat nak dinafikan akan kesedapannya. Kalau sebelum ini saya memang memilih apa yang saya akan makan tetapi semenjak kebelakangan ini, bila rehat di opis pilihan saya pagi2 nasi lemak atau bihun sup. Itu sahaja yang selalu saya dok hadap, sebab tak ada pilihan kot hehehe.......

Kelvin ada memberi tip makan nasi lemak secara sihat. Boleh tengok di sini. Kalau tengok dari jadual kelvin tu memang tinggi kalori yang saya ambil . Saya memang tak suka teh tarik tapi kalori untuk nasi lemak sahaja tetap juga tinggi, bertambah2 pulak dengan set yang lengkap dan berlauk lagi. Makan nasi lemak sahaja pun dah tinggi, macam mana tu? Jadi lepas ini nasi kena ambil separuh ataupun makan nasi putih sahaja seperti cadangan kelvin. Kalau nak selamat beli nasi lemak bungkus, sah2 ler memang sedikit sahaja kandungannya. Kalau nak selamat makan setahun sekali............boleh ke???????? hihihihi

Kalau ikut tip kelvin, masih juga tinggi tapi kita boleh kurangkan, ambil sahaja set nasi lemak yang perlu (tanpa berlauk la!!!) . Makan nasi lemak dengan sambal pun dah ok rasanya.......Tepuk dada tanya selera. Apa2 pun yang kita makan pastikan ianya sihat untuk tubuh badan. Semoga hidup kita tetap sihat dan ceria selalu.......yang penting senyummmmm!!!!!


Isnin, 17 November 2014

SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum

Selamat pagi, semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik2. Al maklumlah kan, sekarang nie musim tengkujuh. Cuaca di Melaka dan Sagil memang tak menetu, jadi badan pun tak berapa nak memuaskan. Nak kata demam tak demam tapi badan bisa2 pulak rasanya. Semenjak balik dari Pulau Pangkor hari tu memang badan dah rasa kurang enak, mungkin sebab asyik berendam je. Kalau tak berendam dalam kolam, berendam dalam air laut.....memang badan rasa lesu jer semacam. Balik2 je Melaka, hujan panas....hujan panas. Penat balik dari Pangkor pun tak hilang lagi, dah kena pulak pergi ke PICC untuk Majlis Konvokesyen pelajar, memang dedau badan rasanya........


Walaupun badan tak berapa nak ok tapi saya gagahkan juga untuk buat kek nie. Snow Cheese Cake, namanya pun dah menggiurkan. Nasib nak membuatnya tak susah, campur je semua, terus bakar......tak susah kan!!. Memang dah lama nak buat tapi tak berkesempatan. Sementara duduk rehat2 kat rumah, teringin pulak nak makan kek niebahan2 pun semua ada.....apa lagi tu yang laju jer godeh.......

Serius saya cakap, kek nie memang sedap.....makan memang tak hingat. Kalau boleh memang tak nak kongsi makan dengan siapa2, hehehehe........tapi tu dah melampau sangat la kan. Saya bawa balik kampung bagi adik2 dengan anak2 buah rasa. Sambil suap dia orang cakap sedap, suap lagi cakap sedap, suap lagi cakap sedap......memang tak boleh tahan kesedapannya. Memandangkan kek nie penuh dengan cheese, maka kenalah beringat bila makan, tahan nafsu je ye............


Sumber resepi kek nie saya ambil di dapur Sally Rashid. Kredit untuk tuan punya resepi nie, tak taulah saya dari siapa asalnya. Saya tengok rata2 kawan blog yang lain dah buat kek nie, saya jer yang baru nak mencuba. Bagi kawan2 yang ingin mencuba, boleh la guna resepi yang akan saya lampirkan di sini. Tak rugi tau buat kek ni, kalau nak beli pun boleh tapi memandangkan nak buatnye senang sangat, baik buat sendiri puas hati hihihi.......

Bagi yang dah tak sabar nak mencuba boleh tengok resepi yang saya salin semula dibawah ni.............gerenti tak mengecewakan.......


SNOW CHEESE CAKE
Sumber : Sally Rashid

Bahan2 :
6 biji telur (buang 2 biji putih telur)
100 gm gula kastor
100 gm tepung kek
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk (dari peti ais)
1 sk baking powder
2 sb ovalette
75 gm mentega cair / minyak jagung
1 sk esen vanila

Cream Cheese :
250 gm cream cheese
1 cawan susu pekat-saya cuma guna 3/4 cawan
1 sb jus lemon

Cheddar Cheese - parut

Cara:
1. Pukul semua kecuali mentega cair / minyak jagung sehingga gebu (high speed).
2. Kemudian masukkan mentega / minyak dan putar dengan kelajuan perlahan.
3. Masukkan ke dalam loyang 9@10 inc yang telah dilapik dengan baking paper.
4. Bakar pada suhu 150C selama 1 jam (saya bakar 160C selama 50 minit).
5. Bila kek telah masak, terus keluarkan dari oven. Sejukkan atas redai, Biarkan dalam 10 minit dan kek tertanggal sendiri. Sejukkan kek dalam peti ais supaya senang nak potong.
6. Potong kek kepada 3 lapisan yang sama rata.
7. Pukul bahan2 cream cheese sehingga sebati dan gebu.
8. Sapukan pada setiap lapisan kek. Kemudian sapukan pada keseluruhan kek.
9. Akhir sekali tabur cheddar cheese sehingga menutupi keseluruhan kek.
10. Sejukkan beberapa jam, baru sedap dimakan.


kek saya yang tak berapa nak molek, janji marvelosssssss......


gebus dan tidak menjemukan, jemput tengokkkk.....