Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 28 April 2015

CENDAWAN MEKAH @ MUTMUT @ TEH KOMBUCHA

Assalamualaikum


Pernah dengar tak, Cendawan Mekah a.k.a Mutmut a.k.a Teh Kombucha. Apa pun ia dipanggil, ia tetap benda yang sama. Seriously, ini memang pertama kali saya dengar. Orang nak cakap saya ketinggalan pun tak apalah, cakap jer lah......saya memang tak tahu langsung pasal tumbuhan nie.Kawan di opis yang bagitahu pasal mut2 nie. Katanya banyak khasiat yang kita akan dapat dengan meminum air mut2 nie. 

Mut2 yang di atas tu saya dapat dari kenalan di FB Sufinaz Zainudin.   Dia sedekah pada siapa2 yang nak secara percuma cuma bayar wang pos laju sahaja. Baguslah, berkongsi manfaat yang berguna untuk semua disamping menambah pahala kan hehehe.........

Airnya dikatakan masam dan agak kelat sedikit. Saya belum mencuba lagi tapi rata2 yang dah tahu khasiatnya memang cakap bagus, Alhamdulillah. Airnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, sembelit, gout, sakit2 sendi, magrain dan macam2 lagi. Boleh dikatakan berbagai penyakit, InsyaAllah dapat diatasi dengan bantuan yang Maha Esa. Tapi yang saya suka dengar tu bila kawan saya cakap boleh juga untuk diet hihihihi.......memang kena cuba nie...

Buat masa nie saya belum membuat ujikaji sebab mut2 tu baru dapat. Buka saja sampul tadi, dia punya bau ada semacam sikit. Tak taulah saya macam mana saya nak minum nanti, harap2 saya berjaya.  Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut khasiatnya boleh tengok di sini. Dan kalau nak tahu kaedah penjagaan boleh tengok di sini ataupun nak tahu cara2 nak buat airnya boleh juga rujuk di sini


Ini dia mut2 ye........dia hidup dengan suburnya




Ahad, 19 April 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU NURLIYANA TUKIMIN & ANUAR


Assalamualaikum

"Selamat Pengantin Baru" - Nurliyana dan suami. Didoakan semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aminnnn........



Ahad, 12 April 2015

IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI MELAKA


Assalamualaikum
Ini petang tadi punya cerita. Bersama suami makan ikan bakar di Parameswara, Umbai Melaka. Kami datang lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, punyalah ramai manusia yang dah makan kat situ. Kami ingat dah kira awal la tu, rupa2nya kedai dah buka dari pukul 5 lagi sebab memang orang ramai sesaja. 


Sebenarnya, nie kira nak makan ikan bakar  yang tertunda sebab malam sebelum tu dah pergi ke Ikan Bakar Alai, penuh orang yang amat. Lepas tu baru perasan, sebab malam semalam kan malam minggu jadinya kedai ikan bakar kat Melaka nie memang penuh. Suami saya tak suka kalau orang ramai2 nie. Dia rasa macam pergi rumah orang kahwin hehehe.......so malam semalam tak jadilah makan ikan bakar.

Ikan dekat sini memang besar2. Kami memang tak habis makan, siap bungkus lagi. Nak makan separuh takut tak cukup pulak, tamak hihihi.........


Dari tempat makan nie boleh nampak Pulau Besar Melaka. Jeti pun memang di sini. Makan di tepi pantai, memang nyaman.......

Paya bakau nie, bila malam akan ada penghuninya. Bergayut sepanjang pantai tu, kat tepi kedai tu tapi dia tak kacau orang tengah makan tapi orang yang asyik dok kacau dia. Nampak macam jinak, bukan macam kat pantai Morib. Dia tunjuk muka ganas, macam kita nie makanan untuk dia jer, menakutkan......

Kalau ada geng2 yang nak makan ikan bakar di Melaka, boleh ler datang di sini, di salah satu tempat yang femes di Melaka.